Saturday, April 21, 2012

Pengorbanan Sebuah Keyakinan



Definisi

Pengorbanan: Lazimnya kita mengorbankan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu kerana kita yakin, cinta dan memberi kebaikan kepada kita.

Sebuah: Antara pengorbanan yang paling besar kita boleh beri adalah hati, kerana setiap perasaan hadir melalui hati.

Keyakinan: Terhadap Islam.

Hubungan Lazim Dengan Keluarga/Sahabat Rapat

1. Intim: Kita mampu menjadi seperti diri sendiri dengan mereka. Akibatnya, kita kadang kala, selesa buat apa-apa pun di hadapan mereka.

2. Cinta: Kita sanggup dan tidak kisah berapa banyak kita belanjakan untuk mereka.

3. Nasihat: Sukar untuk menerima nasihat dari kita kerana mereka tahu bagaimana kita pada waktu kecil, dan perangai buruk sebenar kita yang tidak ditampilkan pada umum.

Apakah hubungan antara pengorbanan hati dengan keluarga/sahabat rapat?

Kehidupan Rasulullah SAW Dengan Abu Lahab

1. Lahir: Abu Lahab mengadakan kenduri besar-besaran sempena kelahiran anak saudaranya, Muhammad ibn Abdullah

2. Sepanjang kehidupan sebelum wahyu turun: Setelah Nabi Muhammad SAW mendirikan rumah tangga, baginda dan Abu Labah hidup berjiran dan sangat rapat.

3. Wahyu turun: Abu Lahab tolak kerana ego (kekayaaan, status, sembah berhala)

4. Da'wah secara sirr (rahsia): Abu Lahab tidak suka dengan beberapa ahli keluarganya dan golongan-golongan elit dari kaum quraish masuk Islam. Akibatnya, dia mencampakkan kotoran melalui bumbung ke rumah Rasulullah SAW apabila dia terdengar baginda membaca Al-Quran yang mempunyai ayat-ayat yang menceritakan akibat buruk orang yang tidak mempercayai Islam dan balasan baik kepada mereka yang mempercayainya. Bukan itu sahaja, dia menyuruh 2 anak lelakinya bercerai dengan 2 anak perempuan Rasulullah SAW.

5. Da'wah terbuka: Orang pertama untuk mela'nat Rasulullah SAW terang-terangan apabila baginda menyeru penduduk Mekah tentang Islam dengan perkataan tabbat (may you have a progressively slowly and increasing painful death)

6. Turunnya surah Al-Lahab: Allah dedikasikan satu surah khas tentang musuh Islam kerana dia adalah orang yang pertama menentang Islam dari semua segi (verbally, physically, harta, dll.). Allah curse balik Abu Lahab dengan perkataan yang dia gunakan iaitu tabbat dan ditujukan kepada tangannya kerana tangan adalah simbolik untuk memulakan apa-apa jenis perbuatan.

Allah menggunakan "past tense" untuk menunjukkan yang perkara tersebut memang betul-betul pasti akan berlaku sehingga dengan ungkapan "past tense" dapat menunjukkan betapa sebenarnya perkara itu sudah berlak. Bukan itu sahaja, "tense" ini juga digunakan dalam bahasa arab untuk kata-kata doa.

Connection?

Pengajaran yang kita boleh kaitkan dari kisah Rasulullah SAW dengan hubungan kita dengan keluarga/sahabat rapat adalah:

1. Kita sangat sayangkan mereka dan sanggup korbankan apa sahaja demi untuk menyelamatkan mereka. Sebagai seorang muslim, bukankah kita akan rasa urgensi untuk selamatkan mereka dari menjadi bahan bakar api neraka? (Rujuk Surah At-Tahrim: 6)

Sebagai seorang dai'e, kita mungkin, dengan hanya pertolongan Allah SWT dapat menyelamatkan kawan-kawan kita tapi malangnya tidak kepada keluarga/sahabat rapat kita? Adakah kita redha melihat mereka dihumban ke dalam neraka dan kita sorang je selamat? Dimanakah urgensi kita untuk menyelamatkan mereka?

Ketahuilah, seseorang hamba itu, sanggup menggunakan keluargnya, bahkan hatta memanggil semua orang yang dikenalinya untuk selamatkannya dari api neraka, (Rujuk Surah Al-Ma'arij: 11-14). Apabila kita dipanggil, apakah yang kita nk jawab apabila kita ada peluang seperti sekarang?

2. Akibat dari urgensi untuk menyelamatkan orang yang tersayang, kita sering akan berhadapan dengan pengorbanan hati sepertimana dihadapi oleh Nabi Muhammad SAW. Kita akan ditimpa kritikan-kritikan yang pedas kerana mereka mengenali kita lebih dari orang lain dan tahu perangai buruk kita.

3. Oleh itu, bersedialah untuk mengorbankan hati kita dengan bersabar, tabah sentiasa dan istiqamah dalam menyampaikan Islam kepada orang yang tersayang.

Janganlah kita lupakan kepada mereka yang kita sayangi dengan tetap bersabar dalam menempuh perjuangan yang panjang ini. Biarlah, hati ini terkorban buat dunia yang fana agar ia berbunga buat dunia yang hakiki.

Dipos oleh Abu Abdullah (Toronto)
Gambar oleh Jan Ramroth

No comments:

Post a Comment