Tidak dinafikan bahawa ada public figure (agamawan, menteri, artis, vlogger, etc) yang membuat komen-komen yang tidak patut dilakukan. Lebih parah lagi apabila komen-komen tersebut dibuat secara public.
Tetapi, kita sebagai consumer of information perlu berhati-hati apabila membaca atau mendengar berita melalui secondary sources, khususnya daripada sumber-sumber yang lebih fokus kepada sensationalisation daripada merakam fakta.
Jangan cepat memberi reaksi ketika membaca tajuk yang sensasi dengan gambar public figure terpampang di depan mata, tanpa memeriksa sama ada public figure tersebut benar-benar membuat komen tersebut ataupun tidak.
Sekiranya komen tersebut benar-benar dibuat olehnya, kita perlu periksa pula konteksnya supaya kita benar-benar faham maksud yang ingin disampaikan.
Sukar? Leceh? Malas?
Jika begitu, maka lebih selamat untuk kita berfikir positif sahaja. Kerana tidak pelik sekiranya kata-kata seseorang itu diselewengkan untuk mendapatkan reaksi emosional kita dan mendorong kita untuk share informasi tersebut secara meluas.
Free marketing bagi secondary sources tersebut.
Selagi mana realiti sebenar itu masih kabur, maka kita berfikir positif sahaja. Ini tidak bermakna kita menjadi naif dan membenarkan diri kita untuk ditipu.
Ini bermakna kita adil, terutamanya dengan mereka yang kita tidak suka.
oleh Aiman Azlan
No comments:
Post a Comment